Bandar Seri Begawan, 11 Mac 2021 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), melalui Unit Penguatkuasaan telah menjalankan 22 operasi penguatkuasaan secara berterusan sepanjang bulan Februari 2021 dan 45 kompaun telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68) kepada 28 kenderaan komersial hasil. Operasi penguatkuasaan ini juga termasuk operasi bersepadu bersama pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Lebuhraya Muara Tutong, Jejambat Lambak, Kampong Kupang dan kawasan komersial Gadong, Serusop dan Jalan Tutong.