Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan Siri BBB


Untitled design (6).png

Muat Turun Tawaran Bilangan Pendaftaran Kenderaan Tiga & Empat angka siri BBB dengan menekan gambar diatas.


borang tpk (1).png
Muat Turun Borang Bilangan Pendaftaran Kenderaan (fillable) Tiga dan Empat angka siri BBB dengan menekan gambar diatas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN TAWARAN 

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Ikaln Tawaran Tertutup.jpeg

    1. Tawaran  adalah  dengan   ini   dibukakan   untuk  penyertaan   orang  ramai   yang  berminat untuk  ikut serta TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN TIGA DAN EMPAT ANGKA SIRI BBB seperti berikut:

      • BBB 100 hingga BBB 9999
      • Senarai BBB kategori nombor EMAS, PERAK dan BIASA seperti dilampirkan.

       

      Tawaran akan mula dibukakan pada Hari Selasa, 25 Januari 2022 dan akan ditutup pada Hari Selasa, 22 Februari 2022 sebelum 11:30 pagi.

      PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT TAWARAN:

      1.  Pemohon hendaklah menghadapkan tawaran dengan mengisi BORANG - TPK 1 yang boleh didapati:

        1. dengan memuat turun borang tersebut dari laman sesawang JPD iaitu www.jpd.gov.bn; atau
        2. daripada Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi Gadong dan Jabatan Pengangkutan Darat, Cawangan Daerah Belait, semasa waktu kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Darat dibuka iaitu 08.00 hingga 11.30 pagi dan 01.30 hingga 03.00 petang.

      2.  Pemohon hendaklah mengisikan keterangan yang dikehendaki dalam borang berkenaan dengan lengkap dan betul.

      3.  Borang yang telah diisikan dengan lengkap dan betul hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat yang bertutup dengan menyertakan salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu pemohon dan resit bayaran Caj perkhidmatan atau Tangkapan Skrin Caj Perkhidmatan yang telah dibayar melalui BIBD Online Bill Payment sebanyak $25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima Sahaja) untuk setiap Bilangan Pendaftaran yang dipohonkan.

      4.  Sampul surat berkenaan hendaklah ditandakan "TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN" dan dimasukkan kedalam Peti Tawaran Bilangan Pendaftaran yang terletak di Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Kampong Mata-Mata Gadong atau Jabatan Pengangkutan Darat, Cawangan Daerah Belait sebelum tarikh tutup tawaran.

      5.  Borang yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan.

      6.  Pembayaran Bayaran Perkhidmatan sebanyak $25.00 boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

        1. Secara pembayaran tunai semasa penghantaran sampul surat di Ibu Pejabat JPD, Kaunter 15 atau di Cawangan Kuala Belait, Kaunter 7; atau
        2. Melalui BIBD Online Bill Payment (OBP) melalui aplikasi BIBD Online dengan mengikuti tatacara berikut:



​Payment Services/Donation -
Pay Bill/Make Donation - All Payees - Select JPD (CAJ PERKHIDMATAN) dan sila masukkan keterangan selanjutnya seperti berikut:
Tatacara Membuat Bayaran bagi TPK siri BBB.jpeg
​Reference No 1 : Taip Nama Pemohon atau Syarikat

​Reference No 2 : Taip Nombor Kad Pengenalan Pintar Pemohon atau Nombor Sijil Syarikat

​Reference No 3 : Taip Rujukan Borang diikuti dengan Siri dan Nombor yang ditender. [Contoh: TPK 1 BBB100]

7. Tawaran tertutup ini dibukakan dalam Tiga (3) kategori iaitu:

​Kategori Bilangan Pendaftaran Kenderaan
​Harga Tawaran Minima
​1. Emas
​$ 2,000.00
2. Perak
​$ 500.00
​3. Biasa
​$ 100.00


8.     Penender diberi tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat tawaran berjaya yang dikeluarkan oleh Jabatan ini untuk menjelaskan harga tawaran

9.     Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, bilangan pendaftaran kenderaan tersebut akan ditawarkan secara terbuka kepada sesiapa saja yang sanggup mengambil bilangan pendaftaran kenderaan tersebut dengan harga tawaran tertinggi.

10.  Penender yang sudah menjelaskan bayaran harga tawaran boleh menyimpan bilangan pendaftaran kenderaan bagi tempoh 3 tahun dengan membayar Holding Fee sebanyak $60.00 (non-refundable).

11.  Sekiranya Tanda Pengenalan masih tidak didaftarkan selepas tempoh tiga (3) tahun, pemohon boleh menghadapkan semula permohonan melanjutkan tempoh pendaftaran merujuk perkara 10 di atas.

12.  Bilangan Pendaftaran Kenderaan yang sudah dibayar boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja dengan bayaran perkhidmatan Serah $5.00.

13.  Jika Penender gagal melunaskan pembayaran telah ditawarkan mengikut syarat-syarat dan tempoh yang telah ditetapkan seperti di atas, maka Jabatan ini berhak untuk menarik balik Tanda Pengenalan berkenaan dan akan ditawarkan semula kepada orang ramai.

14.  Mana-mana Penender TIDAK DIBENARKAN untuk mengikuti sebarang Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderran jika:

        a.    Penender didapati mempunyai tunggakan atau belum menjelaskan bayaran harga tawaran tanda pengenalan lain sebelum ini; atau

       b.   Penender memiliki tidak kurang daripada 3 tanda pengenalan atas Namanya yang tidak didaftarkan dan tidak ada kebenaran Holding, termasuk tanda                 pengenalan yang digantung dan dimiliki melalui serah. 

15.  Syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas adalah berpandukan kepada Road Traffic (Identification Marks) Regulations, 2008 dan dasar-dasar yang berjalan pada masa ini.

Bagi sebarang pertanyaan dan urusan lanjut, orang ramai bolehlah berurusan terus dengan Kaunter No.15, di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Kampong Mata-Mata Gadong atau Kaunter No.7 di Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait atau emel kepada info_ltd@jpd.gov.bn



Rujukan: Tarikh:

JPD/PPPBM/BBB/2022

20hb Jamaldillakhir 1443H bersamaan 25hb Januari 2022