Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD)

​KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

Sabtu, 30 Jamadilawal 1444 / 24 Disember 2022 – Kempen Derma Darah yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Kementerian Kesihatan telahpun diadakan pada pagi tadi di Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat.

Kempen tersebut bertujuan untuk membantu Pusat Pendermaan Darah menambah stok simpanan darah yang mana secara purata memerlukan sebanyak 50 pint setiap hari. Kempen ini dapat menyumbang ke arah memastikan keperluan darah sentiasa mencukupi bagi mana-mana pesakit yang memerlukan rawatan penambahan darah serta menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial.

Alhamdulillah, sejumlah 22 pint darah telah didermakan yang terdiri daripada orang ramai dan juga pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Darat.

Dalam pada itu, pihak Pusat Menderma Darah, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah untuk membuat tempahan slot derma darah di mana-mana pusat derma darah melalui aplikasi BloodKad.

-TAMAT -

Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Tarikh: 24 Disember 2022


Attachments