Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SENARAI BERJAYA BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN KHAS 2 ANGKA

Jumaat, 01 Jamadilawal 1444 / 25 November 2022 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa senarai penender yang berjaya bagi Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Khas bagi 2 Angka akan diumumkan di laman sesawang rasmi JPD di http://www.jpd.gov.bn mulai hari Sabtu, 02 Jamadilawal 1444 bersamaan 26 November 2022.

Sehubungan ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JPD bagi mengetahui keputusan tawaran masing-masing. Penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengambil surat berjaya masing-masing mulai hari Isnin, 28 November 2022 di Ibu Pejabat JPD seperti berikut:  

 

 Tempat Mengambil Surat BerjayaWaktu Operasi
Penender berjaya TPK Khas
2 Angka

Penyambut Tetamu,

Ibu Pejabat JPD, Gadong

8.00 hingga 11.30 pagi

dan

1.30 hingga 3.00 petang

 

Dalam pada itu, penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Khas yang terkini seperti berikut:

  1. Penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki membawa bersama kad pengenalan dan menjelaskan harga tawaran penuh di cawangan JPD yang berkenaan. TPK hendaklah didaftarkan di atas nama penender sendiri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya iaitu 27 Disember 2022;

  2. Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan (seperti di perenggan i). Jumlah bayaran bagi melanjutkan tempoh mendaftar (holding fee) TPK adalah sebanyak $60.00 bagi tempoh tiga (3) tahun;
     
  3. Penender yang berjaya dan ingin membuat permohonan serah Tanda Pengenalan Kenderaan adalah tidak dibenarkan.

  4. Penender yang gagal untuk membayar harga tawaran Tanda Pengenalan Kenderaan akan disenaraihitamkan dari menyertai tawaran tertutup bagi tempoh satu (1) tahun. Oleh yang demikian, Jabatan ini berhak untuk menarik balik Tanda Pengenalan Kenderaan berkenaan dan akan menawarkan kepada orang ramai melalui tawaran terbuka (NomborKu). Sebarang wang pembayaran yang telah dibayar TIDAK akan dikembalik

    Dalam hubungan ini, JPD ingin mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91, WhatsApp +6737181641, Talian Darussalam 123 atau melalui emel info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

    Jabatan Pengangkutan Darat
    Tarikh: 25 November 2022

     


Attachments