TAJUK TAWARAN:
MAINTENANCE AND SUPPORT FOR ROAD ACCIDENT DATA ENHANCEMENT AND DEVELOPMENT (RADED) SYSTEM
BILANGAN TAWARAN:
03 / JPD / JKSH / 20222023
Tarikh Tawaran Dibukakan | : | Hari Isnin, 25hb April 2022 |
Tarikh Tawaran Tutup | : | Hari Selasa, 17hb Mei 2022 (sebelum 2.00 petang) |
Tarikh Akhir Membeli Dokumen Tawaran | : | Hari Rabu, 11hb Mei 2022 |
Harga Dokumen Tawaran | : | BND 10.00 sahaja (Tidak akan dikembalikan kepada setiap penender) |
Sebut harga adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran bolehlah diperoleh bermula 25 April 2022 (Isnin) hingga 11 Mei 2022 (Rabu) daripada Unit Kewangan, Tingkat 4, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Beribi Gadong semasa hari/waktu bekerja. Yuran Tawaran adalah $10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau tidak.
Waktu kaunter pembayaran adalah setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu seperti berikut:
BULAN/HARI | JAM |
Bulan Ramadhan | 8:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Hari |
Hari Biasa | 8:00 Pagi hingga 11:30 Pagi 1:30 Petang hingga 3:00 Petang |
Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan tanpa menunjukkan identiti dan logo penender, ditulis dengan:
TAJUK:
Maintenance and Support for Road Accident Data Enhancement and Development (RADED) System
BILANGAN TAWARAN:
03 / JPD / JKSH / 20222023
TARIKH TUTUP TAWARAN:
Selasa, 17 Mei 2022 Sebelum jam 2.00 Petang
KEPADA:
Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Pengangkutan Darat, Kg Mata-Mata Gadong, BE1710,
Negara Brunei Darussalam.
Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Jawatankuasa Sebut Harga yang beralamat diatas tidak lewat jam 2:00 Petang, Selasa, 17 Mei 2022. Tawaran diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Borang Pengakuan Penender yang disertakan bersama mestilah diisikan dengan lengkap. Tawaran yang tidak mengikuti kehendak di syarat diatas tidak akan diterima walaupun dihantar sebelum tarikh dan waktu yang dinyatakan.
Syarat-Syarat yang lain:
- Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Pegawai dan Kakitangan kerajaan tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai.
- Kerajaan Kebawah Duli Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah ataupun apa-apa jua bentuk tawaran.
- Sebarang surat menyurat mengenai keputusan tawaran sebutharga ini tidak akan dilayan.
- Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispandu Lembaga Tawaran Negara (LTN), rujukan LTN/4(30/1997).
Disediakan Oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.