Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGGUNAAN KEMUDAHAN PERHENTIAN-PERHENTIAN BAS AWAM YANG BARU DI JALAN KIANGGEH DAN JALAN MCARTHUR


WhatsApp Image 2022-04-27 at 1.50.04 PM.jpeg

Rabu, 25 Ramadhan 1443H / 27 April 2022 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan penutupan sepenuhnya Bangunan Letak Kereta Bertingkat yang menempatkan Terminal Bas Bandar Seri Begawan, tempat perhentian-perhentian bas baru akan mula beroperasi di kawasan Jalan Kianggeh dan Jalan McArthur mulai hari Isnin, 9hb Mei 2022.

Sehubungan di atas, waktu operasi perkhidmatan bas-bas awam adalah setiap hari bermula dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam mengikut laluan-laluan yang ditetapkan. Kemudahan perhentian bas awam yang baru tersebut adalah hanya untuk perkhidmatan mengambil (pick-up) dan menurunkan (drop-off) orang ramai.

Dalam kesempatan ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di perhentian-perhentian bas mengikut amalan-amalan terbaik seperti berikut:

  1. Hendaklah menggunakan laluan khusus bagi pejalan kaki (Pedestrian Crossings) semasa menyeberangi jalan raya terutama sekali semasa menuju ke perhentian- perhentian bas;
  2. Hendaklah mengamalkan sikap bertolak ansur semasa beratur menunggu bas, berhati-hati semasa naik atau turun dari bas dan memberikan keutamaan terlebih dahulu kepada penumpang yang lebih memerlukan; dan
  3. Hendaklah menjaga kebersihan persekitaran dan prasarana kemudahan perhentian bas dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin menekankan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi Garispanduan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dalam menangani pengawalan penularan pendemik COVID-19.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD melalui talian 2451980 atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

 

Jabatan Pengangkutan Darat

Tarikh: 27 April 2022


Attachments