Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN, KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN SERTA AGENSI-AGENSI DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1442H/ 2021M KELOLAAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN DARAT DAN J

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN, KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN SERTA AGENSI-AGENSI DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1442H/ 2021M KELOLAAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN DARAT DAN JABATAN KAJICUACA BRUNEI DARUSSALAM

 

Khamis, 23 Ramadhan 1442H/06 Mei 2021M - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di Bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah-Surah Khatam dan Takhtim yang dipimpin oleh Yang Mulia, Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, Imam, Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Majlis juga diserikan dengan ceramah khas sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1442 Hijrah bertajuk 'Al-Quran Asas dan Pemangkin Pembangunan Negara' yang disampaikan oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Samali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Majlis jua diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada seramai 28 orang anak-anak yatim dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di Bawahnya.

 

Antara objektif majlis sambutan ialah untuk memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran iaitu peristiwa turunnya Ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di Bawahnya.


Majlis turut dihadiri sama oleh Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia, Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah Pengangkutan Darat dan Yang Mulia, Dayang Rokiah binti Haji Angas, Pemangku Pengarah Jabatan Kajicuaca, selaku pengerusi bersama majlis, Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan dan Pihak-Pihak berkuasa di Bawahnya.

 

Dikeluarkan bersama oleh:

Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam


NUZUL AL-QURAN CELEBRATION CEREMONY, KHATAM AL-QURAN CEREMONY AND DONATION PRESENTATION TO ORPHANS FROM THE MINISTRY OF TRANSPORT AND INFOCOMMUNICATIONS AND AUTHORITIES UNDER IT FOR THE YEAR 1442H/ 2021M JOINTLY ORGANISED BY THE LAND TRANSPORT DEPARTMENT AND BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT


 

Thursday, 23 Ramadhan 1442H/06 Mei 2021 – The Ministry of Transport and Infocommunications as well as the Departments and Authorities under it held a Nuzul Al-Quran celebration ceremony, Khatam Al-Quran ceremony, and presentation of the donation to orphans at Dewan Amar Pahlawan, Ministry of Transport and Infocommunications Building. This year's event was jointly organized by the Land Transport Department and the Brunei Darussalam Meteorological Department, Ministry of Transport and Infocommunications.

 

Present at the event was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof, Minister of Transport and Infocommunications.

 

The ceremony commenced with the recitation of Khatam verses and Takhtim led by Yang Mulia, Hj Mohd Ashraf bin Hj Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei followed by a religious talk in commemoration of Nuzul Al-Quran 1442 Hijrah celebration on 'Al-Quran the Basis and Catalyst of National Development' delivered by Yang Mulia, Ustaz Haji Samali bin Haji Adam, Director of Centre of International and Public Relations, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

The event coincided with the presentation of donations to 28 orphans of officers and staff at the Ministry of Transport and Infocommunications and the Departments under it as well as Authorities under it.

 

The event aimed to commemorate Nuzul Al-Quran, which is the Revelation of Al-Quran to the Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, apart from fostering closer ties between officers and staff of The Ministry of Transport and Infocommunications.

 

Also in attendance during the event were Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Permanent Secretary of Transport and Infocummunication, Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Deputy Permanent Secretary (Infocommunication), Ministry of Transport and Infocommunications, Yang Mulia, Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon, Director of Land Transport Department and Yang Mulia, Dayang Rokiah binti Haji Angas, Acting Director of Meteorology Brunei Darussalam, joint chairperson of the event, directors, deputy directors, officers and staff of Ministry of Transport and Infocommunications, Departments and Authorities under it.

 

Jointly-issued by:

Land Transport Department and Brunei Darussalam Meteorological Department Ministry of Transport and Infocommunications Brunei Darussalam


Attachments