Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE IBU PEJABAT, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD)

Bandar Seri Begawan, Rabu 28 Rabi'ul Akhir 1442h / 16 Disember 2020m, Rabu – Rombongan Ahli Majlis Mesyuarat Negara pagi tadi mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat. Lawatan kerja kali ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dengan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada awal tahun depan nanti.

Turut hadir semasa lawatan adalah Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
 
Jabatan Pengangkutan Darat antara lain berfungsi sebagai agensi yang menangani hal-ehwal Pendaftaran dan Perlesanan Kenderaan; Pemeriksaan Kelayakan Kenderaan; Ujian dan Perlesenan Pemandu; dan Penguatkuasaan Jalan Raya. Pada 2019, sejumlah 289,978 kenderaan aktif telah direkodkan yang menunjukkan peningkatan 2.7% dari tahun sebelumnya, manakala bagi lesen memandu, sejumlah 243,745 yang aktif telah direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat setakat Julai 2020.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh Jabatan Pengangkutan Darat kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara mengenai isu-isu semasa, antara lainnya mengenai kenderaan terbakar, Perkhidmatan Bas Awam dan Kenderaan Elektrik. Selesai sesi taklimat, acara diteruskan dengan melihat demonstrasi projek-projek berkenaan:

  1. Projek rintis sistem Speed Warning Device (SWD) menggunakan global positioning system (GPS);
  2. Road Accident Data Development and Enhancement System (RADED) iaitu sistem data kemalangan jalan raya yang pada masa ini, di dalam tempoh percubaan;
  3. Vehicle Registration Number Tendering System (VRNTS) iaitu sistem pengurusan nombor-nombor pendaftaran kenderaan; dan
  4. Aplikasi mudah alih TranportBN.

 
Sebelum menamatkan lawatan kerja, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga berkesempatan untuk melawat ke beberapa kaunter-kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat Pengangkutan Darat bagi melihat dengan lebih dekat lagi peringkat operasi Jabatan Pengangkutan Darat seperti kaunter membaharui lesen kenderaan, kaunter membaharui lesen memandu, kaunter tukar milik kenderaan, Kaunter Teknikal dan sebagainya.

Pada masa ini, beberapa perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat sudah boleh dipohonkan secara atas talian termasuk pembayaran iaitu melalui aplikasi mudah alih TransportBN atau portal e-Darussalam. Di samping itu, juga terdapat kemudahan pembayaran lain seperti transaksi pembayaran tanpa wang tunai (mengunakan kad kredit atau debit) dan pembayaran melalui aplikasi mudah alih BIBD.

IMG_4246.JPGIMG_4276.JPG

IMG_4276.JPG

IMG_4305.JPG

Attachments