Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) JALANKAN OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN PELEKAT PAS KENDERAAN DAFTAR LUAR NEGARA (“OPS MERAKAT”

Selasa, 24 Rabiulawal 1442 / 10 November 2020 – "Ops Merakat" telah dijalankan oleh pihakpihak penguatkuasaan daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) bagi memastikan kenderaan-kenderaan persendirian dan komersial daftar luar negara yang berada di Negara Brunei Darussalam mematuhi langkah-langkah dan peraturan-peraturan yang berjalan semasa pandemik Covid-19 yang masih berlaku pada masa ini. 

"Ops Merakat" kali ini tertumpu kepada kawasan-kawasan di sepanjang Jalan Jerudong menuju ke Pasar Jerudong dan seterusnya ke Pekan Tutong, Jalan Tanjung Maya, Kampong Batang Mitus serta di sepanjang perjalanan menuju ke Kampong Masin dan Pasar Gadong dan memantau penggunaan pelekat kenderaan daftar luar negara (stickers) seperti berikut :-

  1. Kenderaan-kenderaan daftar luar negara yang telah mendapat kebenaran pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk menetap di Negara ini kerana bertugas atau bagi tujuan seumpamanya yang dikehendaki melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan PELAWAT berwarna BIRU);
     
  2. Kenderaan-kenderaan luar negara yang memasuki Negara ini bagi tujuan pengangkutan barangan-barangan pertanian, agrimakanan dan perikanan dengan kebenaran dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) yang dikehendaki melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan KOMERSIL berwarna MERAH;

  3. kenderaan-kenderaan yang melakukan perjalanan melintasi sempadan (transit) atau ke destinasi yang dibenarkan di Negara ini bagi tujuan penghantaran barangan; yang tidak dikehendaki melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan;

    Pelekat (sticker) pas kenderaan ini mempunyai tempoh sah laku selama tiga (3) bulan dan perlu diperbaharui bagi membolehkan kenderaan-kenderaan daftar luar negara membuat perjalanan di Negara ini. 

    Secara keseluruhan, hasil daripada "Ops Merakat" ini telah mendapati kebanyakan kenderaankenderaan daftar luar Negara telah mematuhi penggunaan pelekat kenderaan daftar luar negara (stickers) sepertimana yang dikehendaki oleh JPD dan agensi-agensi berkuasa. Namun demikian, sebuah kenderaan persendirian luar negara yang menetap di Negara ini telah didapati tidak melekatkan pelekat (sticker) pas kenderaan Pelekat PELAWAT dan telah dikeluarkan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

    Manakala itu, sebuah kenderaan komersial luar negara telah dikeluarkan kompaun oleh pihak penguatkuasaan JPD kerana didapati keadaan kenderaan yang tidak selamat menurut PeraturanPeraturan Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68) serta diberikan amaran kerana tidak menggunakan laluan-laluan yang telah ditetapkan di dalam syarat-syarat Permit kenderaan bagi kebenaran pengangkutan barangan.

     
Bil.

No.

Pendaftaran

Kenderaan

Nama

Pemandu /

Nama Syarikat

Warga Negara Jenis Kesalahan Tindakan & Denda
1.  QM 3688 C

 

Harus Saujana

(M) Sdn. Bhd.

Malaysia

Cermin Keselamatan hadapan pecah

 

$50
2.  

Tayar botak dan nampak benang

 

$50
3.  QMP 1699 Dino bin Baulon Malaysia  Tidak memaparkan Pelekat PELAWAT

Kesalahan Pertama:

Kompaun $150 & amaran

 

JPD sekali lagi menasihatkan kepada pemilik atau pemandu kenderaan daftar luar negara yang berada di Negara ini untuk sentiasa mematuhi peraturan penggunaan pelekat (sticker) pas kenderaan yang berjalan dan berkuatkuasa pada masa ini. 

Kegagalan mematuhi perkara-perkara di atas akan diambil tindakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun sehingga $5,000 atau boleh didakwa ke mahkamah yang membawa denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian cemas pihak Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Talian 993 atau melalui Talian Darussalam 123.

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments