Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) KONGSIKAN PROSEDUR YANG BETUL DALAM MENGHADAPKAN PERMOHONAN PEMASANGAN CERMIN GELAP (TINTED GLASS) DAN SOLAR FILM KE ATAS CERMIN KENDERAAN

Selasa, 24 Rabiulawal 1442H / 10 November 2020 – Berikutan dengan isu-isu yang berbangkit, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan ini ingin mengongsikan prosedur yang betul dalam menghadapkan permohonan kebenaran pemasangan cermin gelap (solar film) ke atas cermin kenderaan.

Mengikut peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (Pindaan) 1981, kadar kemasukan cahaya bagi satu- satu kenderaan adalah tidak kurang daripada 70% bagi cermin kenderaan. Sebarang penghalang penglihatan pemandu seperti tabir, shades atau pelekat adalah tidak dibenarkan bagi mana-mana kenderaan yang dipandu di jalan raya.

Penggunaan solar film ke atas kenderaan adalah menjadi satu perkara yang dikawal oleh pelbagai agensi berkuasa atas sebab-sebab tertentu. Dalam hal ini, bagi JPD, pengawalan penggunaan solar film ke atas kenderaan adalah lebih menjurus kepada kepentingan menjaga keselamatan jalan raya yang berpunca daripada sebarang penghalang penglihatan pemandu seperti tabir, shades atau pelekat ke atas kenderaan.

Mengambilkira pandangan orang ramai dan juga penilaian ke atas keadaan semasa, mulai Januari 2017, JPD telah memberikan kebenaran bagi pemasangan solar film ke atas kenderaan dengan syarat kadar kemasukan cahaya adalah tidak kurang daripada 70% dan piawaian solar film tersebut memenuhi Intistusi Piawaian British dan Institusi Piawaian Jepun.

Semenjak bulan Januari 2017, sejumlah enam (6) syarikat aktif pembekal solar film telah diberikan kebenaran untuk membekal solar film di Negara ini. Prosedur-prosedur permohonan pemasangan cermin gelap (solar film) ke atas cermin kenderaan yang berjalan pada masa ini adalah seperti berikut:

i.             Pemilik kenderaan membawa kenderaan ke syarikat-syarikat pembekal solar film yang dibenarkan oleh JPD dengan membawa salinan buku pendaftaran bagi membuat permohonan;

ii.            Jika memohon bagi pihak pemilik kenderaan, dikehendaki untuk membawa surat kebenaran dari pemilik kenderaan;

iii.             Syarikat pembekal solar film akan meneliti dokumen permohonan dan memeriksa keadaan cermin kenderaan dengan menggunakan alat meter yang dikhaskan dan menyediakan sebutharga kepada pemohon;

iv.            Seterusnya syarikat pembekal akan membuat pemasangan solar film termasuk juga tamper-proof seal jenis pelekat holographic sebagai tanda pengenalan syarikat pembekal solar film seperti contoh di bawah:

pelekat holographic.JPG

v.            Selepas itu, sijil pemasangan (Record of Installation) berbentuk kad akan diserahkan kepada pemohon dan menasihatkan pelanggan untuk sentiasa disimpan dalam kenderaan;

vi.            Syarikat pembekal akan menghadapkan kepada JPD salinan senarai kenderaan yang dipasang solar film dan sijil pemasangan serta membuat tempahan slot JPD untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang telah dipasang solar film;

vii.            Pemohon akan membawa kenderaan ke JPD bagi Pegawai Pemeriksa kereta di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) membuat pemeriksaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan;

viii.            Selepas pemeriksaan kenderaan, JPD akan memasukan butiran mengenai pemasangan solar film ke dalam Sistem Pengangkutan Darat (SPD) dan di cetak di dalam buku pendaftaran kenderaan berkenaan. Syarikat pembekal akan mengambil buku pendaftaran ini untuk dipulangkan kepada pemohon.

Senarai enam (6) syarikat pembekal solar film yang diberi kebenaran oleh JPD adalah seperti berikut:

BILNAMA SYARIKAT PEMBEKALJENIS SOLAR FILM
1

Pro Wheel Auto Company Lot 1497, Simpang 625

Kampong Madewa, Jalan Tutong BF 1120, Brunei Darussalam Tel: +673 8198889

IrisPro UV400 Optical Film model: Clear 80 dan SR90 (clear)
2

Boustead Sdn Bhd

Lot 24, 29 & 30, Beribi Industrial Complex II Jalan Gadong, BE 1118

Brunei Darussalam Tel: +673 2431333

3M Model: Crystalline CR90 dan Light Shade 80
3

Y.K.F Master Sound

No. 25, Ground Floor, Block B Lot 5454 & 5455, Kg Delima Satu

Techwarp Model: PET 87- 88, PET 83-84, PET 84-85

dan PET 92-93


 

Simpang 72, Jalan Muara Brunei Darussalam

Tel: +673 2334159

 
4

Seng Hoe Huat Auto Accessories Service Co. Block A, Unit 1, 2, 3 & 4, Haji Daud Complex KM4 Jalan Gadong, BE 3919

Brunei Darussalam

Tel: +673 2423748/ 2444391

V.Kool Model: J83
5

Armorshield Auto (B) Sdn Bhd

No. 16, Ground Floor, SImpang 424 Kampong Mata-Mata, Jalan Gadong Bandar Seri Begawan, BE 1718 Brunei Darussalam

Tel: +673 2428468

ArmourAuto Model: Neptune-80, Indigo-70 dan Emerald-70
6

EE's Electronic & Teleshop Enterprise No.32, Ground Floor, Haji Daud Complex KM 4, Jalan Gadong, BE 3719

Brunei Darussalam

Tel: +673 2448379/83518078

Kashibang Auto Film- KSB8035 dan KSB8045

 

Dikesempatan ini, JPD ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik-pemilik kenderaan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang berkuatkuasa pada masa ini. JPD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan demi sama-sama menjaga keselamatan pengguna-pengguna jalan raya secara amnya.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD di talian 2451979/80/87 samb. 111 pada waktu pejabat atau emel info_ltd@jpd.gov.bn


Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Attachments