Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) JALANKAN OPERASI PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN TERBIAR DI KAWASAN DAERAH BRUNEI

Khamis, 22 Oktober 2020 Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dengan kerjasama agensi-agensi berkuasa iaitu Unit Penguatkuasa, Bahagian Estet, Jabatan Kemajuan Perumahan dan pihak Pasukan Polis Diraja Brunei telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan-kenderaan yang terbiar beberapa kawasan di Daerah Brunei Muara. Operasi kali ini tertumpu kepada kawasan-kawasan Rancangan Perumahan Lambak Kanan dibawah kawalan Bahagian Pengurusan Estet dan Perumahan iaitu di sekitar Jalan 64, kawasan letak kereta rumah teres Jalan 83 dan kawasan letak kereta rumah teres di sepanjang Jalan 77.

Melalui operasi ini, pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan agensi-agensi berkuasa telah mendapati sebuah rumah beralamat NO. 10, SPG 68, JALAN 64, RPN LAMBAK KANAN telah dijadikan sebagai bengkel membaik pulih kenderaan dan sebanyak 28 buah kenderaan terbiar di bahu jalanraya dan di kawasan letak kereta rumah teres.

Antara tindakan yang diambil mengikut proses Standard Operational Procedure (SOP), ialah mana-mana pihak berkuasa akan mengambil tindakan seperti berikut :-

  1. Mengeluarkan surat notis kepada mana-mana pemilik kenderaan yang menyimpan atau meninggalkan kenderaan terbiar bagi memindahkan kenderaan-kenderaan mereka dalam tempoh 14 hari.
  2. Kenderaan terbiar yang tidak dipindahkan selepas tempoh berkenaan akan ditarik atau dipindahkan oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh agensi-agensi Operasi Sepadu Bersih Kenderaan Terbiar ke tempat simpanan yang dikenalpasti
  3. Pemilik kenderaan terbiar yang ingin menuntut kenderaan mereka setelah kenderaan itu ditarik, hendaklah menghubungi JPD bagi proses tuntutan.
  4. Sebarang kos tuntutan termasuk kos penarikan adalah tanggungjawab pemilik kenderaan terbiar dan hendaklah dibayar terus kepada syarikat-syarikat yang berkenaan, dan
  5. Kenderaan-kenderaan terbiar yang tidak dituntut dalam tempoh 3 bulan akan dilupuskan dan rekod pendaftaran kenderaan berkenaan akan dihapuskan dari data pendaftaran Sistem Pengangkutan Darat (SPD).

Di kesempatan ini juga, JPD dan agensi-agensi berkuasa ingin memohon kerjasama orang ramai terutama sekali pemilik- pemilik kenderaan atau syarikat-syarikat untuk tidak meninggalkan kenderaan-kenderaan yang tidak diperlukan lagi dimerata tempat dengan cara terbiar. Perbuatan meninggalkan atau membiarkan kenderaan-kenderaan yang tidak digunakan lagi ini boleh menimbulkan isu-isu keselamatan dan mencemarkan alam sekitar. Tindakan boleh diambil mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30 dan boleh dikenakan kompaun tidak kurang $500 dibawah kuasa Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar dan Rekreasi (JASTRe), Jabatan Daerah, Jabatan Bandaran dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dalam hal ini, orang ramai bolehlah menghantar kenderaan-kenderaan yang tidak diperlukan lagi ke tempat pelupusan yang dibenarkan di Negara ini iaitu Syarikat M.Han Sdn Bhd terletak di Ban 3A, Simpang 5, Kampong Mulaut.

JPD dan agensi-agensi berkuasa mengalu-alukan kerjasama dari orang ramai dalam mengongsikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kenderaan-kenderaan yang terbiar. Orang ramai boleh melaporkan perkara-perkara berkaitan dengan kesalahan lalulintas jalan raya melalui Talian Darussalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam

+6738333123 dengan menyertakan gambar kenderaan terbabit.

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi

Lampiran 1


NO. 10, SPG 68, JALAN 64, RPN LAMBAK KANAN

 kenderaan terbiar.jpg

kenderaan terbiar_1.jpg


Attachments