Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) DAN AGENSI-AGENSI BERKENAAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP BENGKEL-BENGKEL KENDERAAN

Khamis, 27 Safar 1442H / 15 Oktober 2020 – Berikutan sidang media yang telah diadakan pada 05 Oktober 2020, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi beserta agensi-agensi berkenaan iaitu Unit Sukatan dan Timbangan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan, Authoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dan  Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan  telah mengadakan beberapa siri operasi pemeriksaan terhadap bengkel-bengkel kenderaan yang beroperasi di Negara ini khususnya bengkel-bengkel yang tidak berdaftar dengan JPD.

Antara lain, tujuan pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti mana-mana bengkel yang menjalankan operasi dengan tidak berdaftar dengan JPD dan mendapat pengiktirafan daripada agensi-agensi berkenaan.

Setakat ini, JPD dan agensi-agensi berkenaan telah mengendalikan sejumlah 4 sesi operasi pemeriksaan iaitu masing-masing pada 28 September 2020, 30 September 2020, 6 Oktober 2020 dan 8 Oktober 2020.

Sejumlah 17 buah bengkel kenderaan yang tidak berdaftar dengan JPD di kawasan Daerah Brunei-Muara telahpun diperiksa dan antara kesalahan-kesalahan yang didapati adalah seperti berikut :

  1. Bengkel-bengkel disahkan tidak berdaftar dengan JPD dan tidak melalui proses pengiktirafan bengkel;
  2. Bengkel-bengkel didapati tidak layak untuk diberi pengiktirafan bengkel sama ada bagi Kelas A, B atau C mengikut tahap perkhidmatan yang diberikan;
  3. Bengkel-bengkel yang tidak menunjukkan sebarang sijil yang sah;
  4. Terdapat kenderaan-kenderaan terbiar di persekitaran bengkel-bengkel;
  5. Bengkel-bengkel mengendalikan kerja-kerja ubah-suai atau baik pulih enjin atau badan kenderaan yang tidak diketahui tahap kepakarannya;
  6. Bengkel-bengkel tidak mempunyai piawaian atau pengiktirafan dari segi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar;
  7. Keadaan premis dan bangunan bengkel berada dalam keadaan yang tidak bersih dan teratur;
  8. Pembuangan minyak atau peralatan-peralatan ganti yang terpakai secara tidak teratur;
  9. Keadaan bangunan yang mungkin memerlukan pemeriksaan agensi-agensi berkenaan;
  10. Kerja-kerja pendawaian dan peralatan elektrikal dikendalikan oleh beberapa bengkel kenderaan yang tidak diketahui tahap kepakarannya;
  11. Pengambilan tenaga kerja yang tidak jelas dari segi kepakaran;
  12. Peratus pengambilan pekerja asing yang melebihi pekerja tempatan;
  13. Penggunaan peralatan-peralatan yang tidak diperiksa dari segi tahap keselamatan dan kesesuaiannya;
  14. Tidak mengamalkan amalan pemakaian alat pelindung diri (PPE) bersesuaian dengan aktiviti kerja;
  15. Tidak mempunyai tempat penyimpanan kimia (bahan berbahaya) dan alat/perkakas yang besesuaian;
  16. Keadaan alat amaran seperti break glass/alarm tidak berfungsi serta terhalang;
  17. Alat-alat pemadam api dalam keadaan mansuh;
  18. Peralatan-peralatan berkenaan yang tidak pasti dikalibrasi atau mengikut peraturan Unit Sukatan dan Timbangan;
  19. Tempat-tempat penyimpanan (storage area) tidak diperbuat daripada bahan tahan api;
  20. Ubahsuai bangunan tanpa kebenaran seperti tambahan ofis/tempat tinggal di tingkat mezzazine atau tingkat pertama;
  21. Pembuatan infrasturuktur bagi tempat tinggal adalah diperbuat daripada bahan yang mudah terbakar seperti plywood;
  22. Kebersihan dalam dan luar bengkel kurang memuaskan (housekeeping);
  23. Tatacara menyimpan tong minyak terpakai yang kurang betul (containment bund dan sheltered).

Pihak JPD dan agensi-agensi berkenaan masih menjalankan penyiasatan dan penganalisaan hasil maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pemeriksaan yang dijalankan setakat ini.

Berdasarkan penilaian awal mengikut skim pengiktirafan bengkel JPD, daripada sejumlah 17 bengkel yang telah diperiksa setakat ini, tiada bengkel yang memenohi kriteria penilaian Bengkel Kelas A, 2 bengkel memenohi kriteria penilaian Bengkel Kelas B dan selebihnya iaitu 13 buah boleh dipertimbangkan untuk pengiktirafan Bengkel Kelas C. Penilaian terperinci perlu dibuat untuk memastikan dapatan ini.

Tindakan awal telah dibuat dimana sebanyak 7 denda kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 (1) atas kesalahan dari aspek kebersihan bangunan dan sekitar premis:

 

NO.NAMA SYARIKATKOMPAUN
1Syarikat Perniagaan 88 Autoworks $200
2Sing Hiap Hin Motor Company$500
3Vijaya Jaya Sdn Bhd $500
4Syarikat Mohd Nabil Enterprise $500
5Syarikat Goodyek Sdn Bhd $500
6Bau tu Automobile Services Sdn Bhd $500
7Lap Sing Auto Servicing $500

 

Selain itu, teguran dan nasihat bertulis yang telah dikeluarkan oleh agensi-agensi berkenaan, Pemilik-Pemilik bengkel juga telah diberikan tempoh bagi bengkel-bengkel berkenaan untuk membuat tindakan penambah-baikan /remedial action plan dalam satu jangkamasa yang tertentu. Pihak JPD dan agensi-agensi berkenaan akan menjalankan pemeriksaan susulan bagi memastikan tindakan-tindakan telah diambil oleh Pemilik-Pemilik bengkel berkenaan.

Dikesempatan ini, JPD ingin menasihatkan semua pemilik-pemilik bengkel kenderaan yang belum mendaftarkan bengkel-bengkel mereka dengan JPD untuk berbuat sedemikian dengan seberapa segera. Melalui Skim Pengiktirafan Bengkel, JPD akan menilai dan memberikan pengiktirafan berdasarkan tahap keupayaan dan juga jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan dimana melaluinya akan dapat memastikan bengkel-bengkel memebrikan perkhidmatan dengan teratur demi menjamin keselamatan orang ramai.

Pada peringkat ini, JPD ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dalam mendapatkan perkhidmatan untuk memelihara, membaik pulih kenderaan dengan menghantar kenderaan mereka sebaik-baiknya ke bengkel-bengkel kenderaan yang diiktiraf oleh JPD. Pemilik-pemilik bengkel adalah juga bertanggungjawab untuk sentiasa berkerjasama dalam sama-sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelanggan.

JPD dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan yang lain akan mengadakan lawatan-lawatan ke bengkel-bengkel kenderaan di Negara ini dan akan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik-pemilik bengkel kenderaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang berjalan pada masa ini.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang JPD di www.jpd.gov.bn bagi melihat senarai bengkel-bengkel kelas A, B dan C yang telah diiktiraf oleh JPD.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD di talian 2451979/80/87 samb. 111 pada waktu pejabat atau emel info_ltd@jpd.gov.bn atau awvis@jpd.gov.bn atau menghubungi Talian Darusalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn.

 

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



Attachments