Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Penguatkuasaan Penoh Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara

Rabu, 14 Oktober 2020 – Berikutan berakhirnya tempoh "grace period" selama dua (2) minggu semenjak tarikh permakluman penguatkuasaan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara yang telah dibuat pada 01 Oktober 2020, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dengan ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula hari Rabu, 14 Oktober 2020 penguatkuasaan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara akan berkuatkuasa.

Sehubungan dengan ini, sepertimana disampaikan melalui sidang media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 05 Oktober 2020 yang lalu, kenderaan-kenderaan yang dikehendaki untuk dilekatkan dengan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara ialah seperti berikut :-

i)Kenderaan-kenderaan berdaftar di luar negara yang telah mendapat kebenaran pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk menetap di Negara ini kerana bertugas atau bagi tujuan seumpamanya; dan

ii)Kenderaan-kenderaan luar negara yang memasuki Negara ini bagi tujuan pengangkutan barangan-barangan pertanian, agrimakanan dan perikanan dengan kebenaran dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT).

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin mengingatkan Pemilik-Pemilik atau Pemandu kenderaan daftar luar negara berkenaan bolehlah mendapatkan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara yang dimaksudkan melalui aplikasi mudah alih TransportBN bagi versi iOS atau versi Android atau melalui laman sesawang JPD iaitu www.jpd.gov.bn. Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara ini akan dilekat di cermin belakang kenderaan atau di cermin tingkap sebelah kiri sisi penumpang depan.

Adapun tujuan utama penguatkuasaan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara ini adalah sebagai salah satu langkah pengawalan kenderaan-kenderaan daftar luar negara yang berada di negara ini semasa pandemik Covid-19 yang masih berlaku pada masa ini.

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin mengingatkan mana-mana kenderaan daftar luar Negara yang berada di dalam Negara ini tanpa Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara adalah melakukan satu kesalahan

Kegagalan mematuhi Peraturan ini akan diambil tindakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun sehingga $5,000 atau boleh didakwa ke mahkamah yang membawa denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui JPD berserta agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti pihak Pasukan Polis Di Raja Brunei, pihak Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan akan menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan, pemilik atau pemandu kenderaan berkenaan.

Orang ramai bolehlah menghubungi talian cemas pihak Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Talian 993 atau melalui Talian Darussalam 123 bagi sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan dengan perkara ini.

Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

   Safar 1442H/13 Oktober 2020M


Pic PR hasbul.jpg

Attachments