Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI MESYUARAT (I) 29TH ASEAN LAND TRANSPORT WORKING GROUP (LTWG), (II) 11TH ASEAN MULTISECTOR ROAD SAFETY SPECIAL WORKING GROUP (MRSSWG), DAN (III)18TH ASEAN HIGHWAYS SUB-WORKING GROUP (AHSWG) PADA 7 HINGGA 9 SEPTEMBER 2020

Khamis, 10 September 2020- Negara Brunei Darussalam telah menghadiri mesyuaratmesyuarat: (i) 29th ASEAN Land Transport Working Group (LTWG); (ii) 18th ASEAN Highways SubWorking Group (AHSWG); dan (iii) 11th ASEAN Multisector Road Safety Special Working Group (MRSSWG) pada 7 – 9 September 2020 yang diadakan melalui aplikasi persidangan video conferencing.  

2. Mesyuarat tiga (3) hari itu telah didahului dengan Mesyuarat 11th ASEAN MRSSWG pada 07 September 2020 yang telah dipengerusikan oleh Directorate for Roads, Ministry of Transport Viet Nam, diikuti dengan mesyuarat 18th AHSWG yang telah dipengerusikan oleh Department of Highways, Ministry of Transport Thailand, dan kemudiannya Mesyuarat 29th ASEAN LTWG yang juga telah dipengerusikan oleh Directorate for Roads, Ministry of Transport Viet Nam.  Delegasi Negara Brunei Darussalam di mesyuarat-mesyuarat berkenaan telah diketuai oleh Pegawai Kanan daripada Jabatan Pengangkutan Darat ((JPD) dan turut disertai oleh pegawai-pegawai lain daripada JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja raya, Kementerian Pembangunan. 
 
3. Mesyuarat-mesyuarat tersebut merupakan perjumpaan tahunan bagi membincangkan perlaksanaan tindakan-tindakan yang telah dikenalpasti di dalam Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLTSP) 2016-2025 serta kerjasama-kerjasama dalam pengangkutan darat dengan Rakan Dialog ASEAN dan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa yang lain. Antara perkaraperkara yang dibincangkan dan diteliti adalah seperti berikut: 
 
i. 11th ASEAN MRSSWG telah meneliti draf ASEAN Declaration on Road Safety 2020 yang antaralain memuatkan cadangan sasaran-sasaran dan tindakan-tindakan yang terkandung di dalam Stockholm Declaration yang disahkan semasa 3rd Global Ministerial Conference on Road Safety yang telah diadakan pada 19–20 Februari 2020 di Stockholm, Sweden. Draf Deklarasi ini dicadangkan untuk disahkan oleh Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN kali ke-26 pada bulan November 2020. Antara kandungan di dalam draf Dekarasai tersebut di atas adalah cadangan sasaran mengurangkan kematian di jalan raya sekurang-kurangnya 50% dari tahun 2020 hingga 2030 selaras dengan Stockholm Declaration; 
 
ii. 11th ASEAN MRSSWG juga telah meneliti draf Guidelines for improving standard procedure for reporting road crashes in ASEAN Member States based on UN standards yang juga dicadangkan untuk disahkan semasa Mesyuarat MenteriMenteri Pengangkutan ASEAN kali ke-26;  
 
iii. 18th AHSWG telah meneliti draf pindaan ke atas Ministerial Understanding on the Development of ASEAN Highway Network Project, 1999 yang dicadangkan untuk ditandatangani pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN kali ke-29 pada tahun 2023; dan 
 
iv. 29th ASEAN LTWG telah mendengarkan status penyediaan National Intelligent Transport (ITS) Master Plan serta projek-projek yang berkaitan dengannya di Negara-Negara Ahli ASEAN yang berkenaan.   Mesyuarat juga telah membincangkan perkembangan perlaksanaan Projek ASEAN-GIZ mengenai “Sustainable Design of Urban Mobility in Middle-sized Metropolitan Regions in ASEAN” (SMMR). 
 
4. Hasil mesyuarat-mesyuarat di atas akan dilaporkan di mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN kali ke-50 dan Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kali ke-26 yang dijadualkan untuk diadakan pada bulan November 2020 dan dipengerusikan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam, yang juga merupakan Tuan Rumah kepada kedua-dua Mesyuarat-Mesyuarat berkenaan. 
 
Disediakan oleh: 
Jabatan Pengangkutan Darat 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
09 September 2020 

LTWG3.jpg
Attachments