Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAKTIFAN E-DARUSSALAM MELALUI TD123 DAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KENYATAAN MEDIA PENGAKTIFAN E-DARUSSALAM MELALUI TD123 DAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

10 Muharram 1442 /  29 Ogos 2020

1.       Bermula 22 Mac 2020, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mula menggunakan perkhidmatan Talian Darussalam 123 (TD123) bagi pengaktifan akaun e-Darussalam sebagai initiatif bagi memudahkan orang ramai untuk mengaktifkan akaun e-Darussalam secara diatas talian tanpa memerlukan pengunjungan orang ramai ke kaunter-kaunter e-Darussalam di jabatan-jabatan Kerajaan yang dikhaskan.

2.       Untuk makluman orang ramai, kaunter-kaunter yang sedang beroperasi pada masa ini akan dihadkan bagi tujuan mengggalakkan penyediaan tatacara pengaktifan e-Darussalam yang baru menggunakan Talian Darussalam 123 (TD123) secara diatas talian sepenuhnya.

3.       Sehubungan ini, bermula 1 September 2020, Kaunter pengaktifan akaun e-Darussalam hanya akan dihadkan pembukaannya kepada empat cawangan sahaja iaitu satu cawangan di setiap daerah. Waktu-waktu pembukaan kaunter bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga jam 3.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan hari Sabtu. Manakala pada hari Jumaat, kaunter dibuka pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi.

DaerahKaunter PengaktifanAlamat
Brunei-MuaraIbu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat.

Kampung Mata-Mata Gadong

Bandar Seri Begawan BE1710

Negara Brunei Darussalam

 

TutongJabatan Pengangkutan Darat Cawangan Tutong.

Jalan Sungai Basong

Tutong TA1541

Negara Brunei Darussalam

 

BelaitJabatan Pengangkutan Darat Cawangan Belait.Jalan Setia Diraja
Belait KA3131
Negara Brunei Darussalam
TemburongJabatan Pengankutan Darat Cawangan TemburongPekan Bangar
Temburong PA1151
Negara Brunei Darussalam

4.       Untuk makluman orang ramai, anggaran tempoh pengaktifan bagi pendaftaran-pendaftaran melalui TD123 adalah seperti berikut:

PerkhidmatanAnggaran Tempoh Akaun Akan Aktif
Mengaktifkan Akaun e-Darussalam1 hari (24 jam)

5.       Dikesempatan ini, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan ingin mengalu-alukan orang ramai untuk mengaktifkan akaun e-Darussalam secara diatas talian melalui aplikasi WhatsApp di talian 8333123 atau emel ke info@td132.com.bn. Ilustrasi cara-cara untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam disertakan bersama kenyataan ini sebagai panduan.

6.       Orang ramai boleh juga melayari www.123.gov.bn atau mengikuti media social (Instagram, Facebook & Twitter @TD123).

Unit Perhubungan Korporat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Bandar Seri Begawan BB3910

Negara Brunei Darussalam

Attachments